Cari @ Amanz

Nampaknya, Nokia bakal mematikan satu lagi sokongan dibawah jenama Ovi, iaitu Ovi Share, yang mana digunakan untuk perkongsian media ke laman sosial seperti Facebook, Flickr dan sebagainya. Perkara ini sekaligus membolehkan Nokia memfokuskan kepada produk-produk mereka yang lebih digunakan ramai berbanding yang kurang digunakan.

Nokia turut sama memberikan masa sehingga 30 Mei untuk para pengguna memuat-turun data-data yang dikongsikan pada laman Ovi Share, membolehkan para pengguna menyimpan simpanan salinan pendua untuk perkara yang pernah mereka kongsikan melalui Ovi Share.

Melalui mematikan perkhidmatna ini juga, ia membolehkan Nokia memfokuskan kepada beberapa produk yang berasaskan lokasi daripada mereka, seperti Nokia Drive, Nokia Maps dan sebagainya. Sebelum ini, pada bulan Mei yang lepas, Nokia telah mengatakan mereka akan memindahkan dan mematikan jenama Ovi secara berperingkat.

Terima kasih Arif Ishak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd