Fedora User Developer Conference Bakal Diadakan Di Kuala Lumpur

Fedora User Developer Conference Bakal Diadakan Di Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Mac 6, 2012 oleh .

Fedora merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang agak popular dikalangan pengguna tempatan. Dan menariknya, hari ini, pihak Fedora melalui emel mereka mengumumkan yang mana FUDCon 2012 untuk rantau Asia Pasifik bakal diadakan di Kuala Lumpur.

Perkara ini, sekaligus membolehkan para pembangun dan pengguna tempatan yang berminat dengan Fedora, menghadiri acara tersebut, serta mendalami lagi penggunaan Fedora. Pada masa yang sama, anda juga boleh berkongsi pendapat dan ilmu bersama yang lain berkenaan dengan sistem operasi sumber terbuka itu.

Maklumat lanjut berkaitan dengan tempat, lokasi, tarikh dan sebagainya bakal diumumkan oleh pihak yang berkenaan tidak lama lagi. Bagi anda yang ingin mendapatkan idea awal mengenai Fedora, mungkin boleh membaca ulasan Fedora Linux 16.


TIPS & ULASAN