Dengan pengenalan Windows 8 Consumer Preview, para pembangun aplikasi dan perisian untuk Windows kini giat membangunkan dan menguji aplikasi yang dioptimasikan khas untuknya, dan kini Kaspersky, salah satu pengeluar perisian antivirus dan keselamatan terkemuka di dunia telah pun mengeluarkan versi ujian untuk platform Windows 8.
Kaspersky hari ini telah pun melancarkan Kaspersky Internet Security (Technology Preview) khas untuk para pengguna Windows 8 Consumer Preview, berbeza dengan KIS 2013 yang dikeluarkan untuk para pengguna Windows secara amnya.
Para pengguna Windows 8 Consumer Preview yang berminat, boleh memuat-turun fail pemasangan untuk KIS (Windows 8 Consumer Preview) Technical Preview ini secara percuma, dan mengujinya pada komputer dengan Windows 8 Consumer Preview anda selama 90 hari, sebelum tempoh ujiannya ditamatkan.
Selain daripada Kaspersky, sebelum ini, Avast turut mengeluarkan antivirus mereka dengan sokongan Windows 8, selain Mozilla yang sedang giat membangunkan pelayar web versi Metro mereka untuk pengguna Windows 8.