YouTube Malaysia Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

YouTube Malaysia Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 6, 2012 oleh .

Google, pada tahun lepas telah pun melancarkan YouTube Singapura dan juga YouTube Filipina, membolehkan para pengguna tempatan yang menghasilkan kandungan berbentuk video, untuk menggunakan platform daripada Google itu, dengan beberapa fungsi dan sokongan tambahan. Dan kini kelihatan YouTube Malaysia turut sama bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube, berbeza dengan sebelum ini. Ini sekaligus memperlihatkan pelancarannya yang semakin hampir. Melalui pelancaran YouTube versi tempatan kelak, ia bakal menawarkan pencarian dan penemuan kandungan tempatan dengan lebih mudah, disamping membawakan YouTube Partners kepada para pengguna dan mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia.

Perkara ini semestinya bakal menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan kandungan berbentuk video di Malaysia kelak.


TIPS & ULASAN