Cari @ Amanz

Beepmunk Dilancarkan Dengan Konsep Digg Untuk Muzik

Oleh Aman

Link Copied!

Hampir kebanyakkan pengguna seluruh dunia ketahui akan mengenai Digg atau Reddit, dimana kandungan dimuka hadapan laman tersebut ditentukan oleh para pengguna mengikut kegemaran, dan diundi oleh mereka. Dan konsep ini dibawakan kepada muzik oleh salah satu pembangun tempatan, Andromeda, melalui produk mereka yang dinamakan sebagai Beepmunk.

Beepmunk turut sama menggunakan data daripada YouTube, dimana para pengguna yang ingin mengundi untuk sesuatu lagu, boleh mendengarnya terlebih dahulu, dan seterusnya menentukan lagu mana yang perlu menduduki tangga teratas pada laman tersebut.

Pendaftaran pada laman tersebut juga dijana menggunakan Facebook Connect, membolehkan semua mendaftar dengan pantas, mahupun, mendaftar secara manual melalui borang pendaftaran yang disediakan.

Buat masa ini, melalui laman tersebut, ia kelihatan memfokuskan sepenuhnya kepada lagu-lagu berbahasa Inggeris dengan dibahagikan mengikut genre-genre lagu. Para pengguna yang berdaftar juga boleh turut menghantar lagu-lagu pilihan mereka untuk diundi oleh mereka yang lain.

Untuk mereka yang berminat, mungkin boleh mencuba perkhidmatan tersebut, dan mulakan mengundi lagu piihan anda hari ini.


Komen ()