Cari @ Amanz

Salah satu data yang dikeluarkan oleh Google hampir setiap bulan adalah berkenaan dengan penggunaan versi Android pada peranti-peranti seluruh dunia. Dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkannya, memperlihatkan peningkatan pada versi Android Gingerbread dan juga Ice Cream Sandwich. Kini, Ice Cream Sandwich meliputi sebanyak 1.6% daripada peranti Android seluruh dunia, manakala Gingerbread meliputi sebanyak 62%.

Versi-versi Android lain, seperti Cupcake, Donut, Eclair dan juga Froyo masing-masing memperlihatkan penurunan, manakala Android Honeycomb kelihatan meningkat sebanyak 1% berbanding bulan lepas.

Pada bulan ini, beberapa pengeluar mensasarkan untuk memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk peranti mereka, dan mungkin angka penggunaan versi Android 4.0 bakal meningkat dalam bulan-bulan akan datang. Google juga dijangka akan memperkenalkan Android 5.0 Jelly Bean pada pertengahan tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd