Google Play – Destinasi Baru Untuk Mendapatkan Kandungan Digital Dari Google

Google Play – Destinasi Baru Untuk Mendapatkan Kandungan Digital Dari Google

Diterbitkan pada Mac 7, 2012 oleh .

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh Google adalah berkaitan dengan penjenamaan produk-produk baru mereka. Hari ini, Google memperkenalkan suatu destinasi pembelian baru untuk semua penjualan dibawah mereka, daripada aplikasi, muzik, filem, buku, dan sebagainya dibawah satu jenama, dinamakan sebagai Google Play.

Perkara ini sekaligus akan menjadikan Android Market, Google Music, dan beberapa produk Google lain dibawah jenama Google Play, membolehkan anda mengakses kepada lebih 20,000 lagu secara percuma, muat-turun lebih daripada 450,000 aplikasi Android, dan membuat pelbagai perkara lain lagi melaluinya.

Google Play juga bakal membolehkan anda mengakses kandungan yang dibeli oleh anda melalui pelbagai peranti tanpa masalah, melalui sokongan sync dan juga storan awan. Google Play juga bakal menjadi destinasi utama untuk aplikasi Android, mengantikan Android Market tidak lama lagi.

Walaupun kebanyakkan perubahan ini tidak memberikan impak yang besar kepada pengguna Android, melalui perubahan ini, kita mungkin dapat melihat suatu destinasi baru dalam mendapatkan kandungan digital daripada Google, tanpa perlu ke pelbagai laman-laman berbeza seperti sebelum ini.

Google dijangka akan memperkenalkan Google Play kepada semua secara berperingkat bermula hari ini, dan sebagai pengenalannya, mereka menawarkan beberapa kandungan digital pada harga diskaun untuk para pengguna.


TIPS & ULASAN