Fuyoo – Laman Jual-Beli Dengan Konsep Baru Dilancarkan

Fuyoo – Laman Jual-Beli Dengan Konsep Baru Dilancarkan

Diterbitkan pada Mac 7, 2012 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai laman jual-beli yang terdapat di arena internet Malaysia, namun yang benar-benar memberikan fungsi penuh, memfokuskan kepada pembeli masih lagi kurang. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu perkhidmatan baru dibangunkan oleh salah satu syarikat tempatan yang berpusat di Kuching, Sarawak, iaitu Fuyoo.

Bagaimana Fuyoo Berfungsi?

Melalui Fuyoo, setiap jual-beli yang dilakukan melaluinya dijana sepenuhnya oleh pembeli. Melalui perkhidmatan tersebut, para pengguna boleh yang berminat untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan atau produk, boleh mengiklankan permintaan mereka melalui laman mereka, dengan menerangkan apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, mereka boleh mengiklankan, seperti : “Saya Inginkan Pembangun Web”, “Saya Inginkan iPad 3”, dan sebagainya, dan seterusnya penjual atau mereka yang menyediakan sesuatu perkhidmatan itu boleh memberikan respon terhadap mereka, dan melakukan tawar-menawar bersama mereka yang inginkan produk atau perkhidmatan mereka itu.

Walaubagaimanapun, untuk mengiklankan sesuatu perkara itu, para pengguna perlu menggunakan sebanyak 2 kredit (sistem yang digunakan pada laman tersebut) untuk menghantar permintaan mereka. Untuk pendaftaran, para pengguna akan menerima sebanyak 10 kredit, dan untuk sebarang penggunaan kredit yang lebih, mereka boleh mendapatkannya dengan membelinya terus, ataupun dengan mempromosikan perkhidmatan tersebut kepada rakan mereka yang lain.

Mereka yang turut sama ingin menawarkan perkhidmatan mereka kepada yang berminat itu juga turut sama perlu menggunakan kredit mereka untuk menghubungi atau menawarkan harga mereka.

Pendaftaran Fuyoo

Fuyoo membolehkan para pengguna mendaftar menggunakan akaun Facebook, dan juga bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Facebook, boleh melalui proses manual, dan mendaftarkan diri mereka pada perkhidmatan tersebut dengan mudah.

Anda boleh melakukannya dengan percuma hari ini dan mula mendapatkan perkhidmatan dan produk pada harga yang ditetapkan anda, ataupun mula menawarkan perkhidmatan dan produk yang anda sedia miliki.

Kelebihan Fuyoo

Sehingga ke hari ini, apa yang kami dapati, kebanyakkan laman jual-beli sedia ada tempatan agak kurang mesra dengan peranti mudah-alih. Namun ianya bukanlah suatu masalah besar untuk Fuyoo, dimana mereka menggunakan antaramuka dan rekabentuk responsif, membolehkan semua pengguna menikmati perkhidmatan mereka dengan mudah.

Pada masa yang sama, Fuyoo juga turut sama menjana industri freelance tempatan, dimana mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara boleh menawarkan perkhidmatan mereka kepada yang berminat yang inginkan perkhidmatan mereka itu.

Kelebihan Untuk Pengguna

  • Boleh menjimatkan masa. Tidak lagi perlu untuk tercari-cari di laman jual-beli yang lain, sebaliknya boleh mengiklankan apa yang anda perlukan, dan penjual akan mencari anda.
  • Melalui konsep ini juga, anda boleh memilih tawaran yang lebih murah dan berbaloi bagi anda berbanding biasanya. Sekaligus menjimatkan duit, disamping mendapatkan produk atau perkhidmatan pada kadar yang lebih berpatutan.
  • Memudahkan pengiklanan melalui fungsi Copy This. Para pengguna yang ingin mengiklan dengan konsep atau permintaan pengguna lain, hanya perlu klik pada iklan yang telah dikeluarkan oleh orang lain, dan menambah beberapa info tambahan yang lain, tanpa sukar memikirkan idea seperti biasanya.

Untuk Penjual

  • Salah satu medium jualan yang baik untuk syarikat-syarikat baru yang masih kurang penjenamaan dan pelanggan mereka, dimana mereka boleh mencari pelanggan tambahan melalui perkhidmatan ini.
  • Juga amat berguna kepada mereka yang bergerak secara bebas (freelance) dalam mendapatkan duit poket tambahan.

Bersempena dengan pelancaran Fuyoo ini juga, mereka menyediakan hadiah bernilai sehingga RM10,000 untuk dimenangi dengan hanya menggunakan perkhidmatan mereka. Walaupun Fuyoo masih lagi baru, ia mempunyai potensi yang amat tinggi, dan mungkin akan mengubah lanskap jual-beli tempatan tidak lama lagi.

Advertorial. Ulasan ini adaah berbayar.


TIPS & ULASAN