Microsoft Research Melancarkan Aplikasi Pengimejan Dinamik – Cliplets

Microsoft Research Melancarkan Aplikasi Pengimejan Dinamik – Cliplets

Diterbitkan pada Mac 7, 2012 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan anda mengubah-suai dan menambah efek pada gambar. Dan sebagai tambahan, hari ini, Microsoft Research memperkenalkan sebuah aplikasi berasaskan desktop, dinamakan sebagai Cliplets.

Melalui Cliplets, ia membolehkan para pengguna mengubah-suai sesuatu gambar dengan memfokuskan kepada sesuatu perkara, dan menghasilkannya dalam bentuk animasi bergerak. Bagi yang biasa membuat gambar bergerak berbentuk *GIF, mungkin anda biasa dengannya. Namun, proses untuk membuatnya melalui aplikasi Cliplets adalah lebih mudah dan pantas.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya hanyalah projek ujian dibawah Microsoft Research, ia tidak didatangkan dengan sebarang sokongan rasmi daripada pihak Microsoft. Tetapi, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma, mahupun berkongsi pandangan bersama pengguna lain pada forum khas di Microsoft Social.


TIPS & ULASAN