10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 1 Mac

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 1 Mac

Diterbitkan pada Mac 7, 2012 oleh .

Berbeza dengan minggu-minggu lepas, sepanjang 24 Februari sehingga 1 Mac yang lepas, pelbagai perkara dicari oleh para pengguna tempatan, dari segi isu semasa, sehinggalah kepada dunia permotoran dan sebagainya. Dan khas untuk para pembaca Amanz, pada minggu ini, kami turut sama menyediakan sebuah pertandingan ringkas untuk anda.

Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang 24 Feb – 1 Mac

Berikut merupakan senarai kata kunci yang popular dan mendapat carian terhangat di Google Malaysia sepanjang tempoh tersebut:

  1. Lynas / Rare Earth
  2. Erykah Badu
  3. Latiff Ibrahim
  4. Lisa Surihani / Yusry Wedding
  5. Julie Woon
  6. Jessie Ooi
  7. Rowan Atkinson
  8. Toyota Prius C
  9. Proton Tuah
  10. This Means War

Peraduan Teka Carian Google Terhangat

Caranya mudah sekali. Hanya teka apa kata kunci carian terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu ini (2 Mac – 8 Mac). Lihat disekitar dunia internet Malaysia, apakah perkara yang menjadi trend dan apakah perkara yang mahu diketahui oleh pengguna. Seterusnya, nyatakan apa kata kunci tersebut diruangan komen dibawah ini. 2 pemenang akan dipilih berdasarkan YANG TERAWAL MENYATAKAN KATA KUNCI NO 1.

Terma dan syarat

  • Pertandingan bulanan ini terbuka kepada semua pengguna internet di Malaysia kecuali pihak editorial Amanz dan keluarga terdekat mereka terutamanya Aman Firdaus.
  • Pemenang dipilih berkonsepkan Siapa Cepat dan Tepat, Dia Dapat! 2 peserta terawal yang menjawab kata kunci NO 1 dengan tepat akan memenangi peraduan ini.
  • Peserta boleh menyenaraikan maksimum LIMA SAHAJA KATA KUNCI.
  • Peserta perlu memberikan jawapan didalam ruang komentar berita ini. Jawapan yang dihantar melalui medium lain seperti di Twitter, Youtube, Facebook tidak akan diterima.
  • Jawapan perlu disertakan dengan Nama dan Email yang sah. (pada kotak komen)
  • Jawapan perlu dipos dalam komen box sebelum 9 Mac 2012, Pukul 1159 malam.
  • 2 pemenang akan dihubungi oleh pihak Amanz dan nama pemenang tersebut akan diumumkan semasa Google Zeitgeist minggu berikutnya.
  • Hadiah adalah tertakluk kepada pihak Google Malaysia dan berlainan setiap bulan.

TIPS & ULASAN