Cari @ Amanz

FUDCon Kuala Lumpur Bakal Diadakan Pada 18 Hingga 20 Mei

Oleh Aman

Link Copied!

FUDCon ataupun Fedora Users and Developer’s Conference adalah salah satu acara terkemuka didunia Linux, dan untuk tahun ini, ia akan diadakan di Kuala Lumpur untuk rantau Asia Pasifik. Dan seperti kebanyakkan acara lain, ia juga akan disediakan secara percuma, membolehkan sesiapa sahaja, samada mempunyai kemahiran ataupun sebaliknya menyertai acara tersebut.

Untuk FUDCon Kuala Lumpur, selama tiga hari di APIIT, Bukit Jalil, daripada 18 hingga 20 Mei, dimana pelbagai perkara bakal dibincangkan. Pada hari pertama dan ketiga, ia membawakan konsep perbincangan terbuka (seumpama pada BarCamp), membolehkan sesiapa sahaja berkongsi idea mereka bersama yang lain.

Manakala, pada hari kedua pula, FUDCon akan diadakan dalam bentuk persidangan, menawarkan perbincangan daripada pelbagai pakar dari seluruh dunia.

Bagi anda yang ingin mendaftarkan diri, mahupun mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya, boleh rujuk ke halaman FUDCon Kuala Lumpur 2012. Kami akan cuba membawakan kemaskini langsung daripada acara tersebut kelak bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri.


Komen ()