#Tips : Kembalikan Butang Start Pada Windows 8 Consumer Preview Melalui Start8

#Tips : Kembalikan Butang Start Pada Windows 8 Consumer Preview Melalui Start8

Diterbitkan pada Mac 7, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, Microsoft secara rasminya telah melancarkan Windows 8 Consumer Preview, yang membawakan pelbagai perubahan, dan salah satunya adalah ketiadaan butang “Start” yang sinonim dengan Windows. Perkara ini mungkin agak menyukarkan para pengguna desktop yang lebih gemarkan butang lagenda daripada Microsoft itu.

Sebagai langkah mengatasinya, kini Stardock memperkenalkan sebuah aplikasi ringkas mereka, dinamakan sebagai Start8, yang mana membawakan sokongan butang Start pada Windows 8 Consumer Preview. Dan bertambah menariknya lagi adalah dimana ia ditawarkan dalam bentuk Metro, menjadikannya selari dengan antaramuka desktop berasaskan Metro yang dibawakan Windows 8.

Sebagai tambahan, ia turut membawakan beberapa sokongan tambahan, termasuk kebolehan untuk memilih gambar butang “Start” pilihan pengguna, disamping beberapa pilihan tambahan, seperti fungsi Run dan Shutdown pada menu klik-kanan.

Bagi para pengguna Windows 8 Consumer Preview pada desktop yang inginkan butang “Start” kembali seperti komputer anda sebelum ini, anda boleh memuat-turun aplikasi Start8 ini secara percuma, dan menjadikan desktop anda kembali meriah seperti sebelumnya.


TIPS & ULASAN