Goo.gl Menyertakan Sokongan Pra-Lihat Halaman URL Yang Disingkatkan

Goo.gl Menyertakan Sokongan Pra-Lihat Halaman URL Yang Disingkatkan

Diterbitkan pada Mac 7, 2012 oleh .

Antara perkhidmatan pemendek URL terkemuka yang sering digunakan ramai adalah Bit.ly dan juga semestinya daripada gergasi internet sendiri, Goo.gl. Dan hari ini, Google telah pun mula memperkenalkan kemaskini antaramuka untuk laman pemendek URL mereka, dimana turut menyertakan sokongan pra-lihat URL yang dipendekkan serta-merta.

Goo.gl kini telah pun beroperasi untuk lebih daripada setahun, dimana menawarkan pelbagai sokongan tambahan, termasuk integrasi statistik dan sebagainya, dan salah satu perkara mengapa ia menjadi pilihan adalah kerana pelayan Google yang jarang sekali tidak boleh akses, sekaligus menjadikan ramai memilih Goo.gl sebagai pemendek URL pilihan mereka.

Dan dengan penyertaan sokongan untuk melihat URL yang dipendekkan serta-merta, ia menjadikan perkhidmatan tersebut lebih menarik, dan pengurusan URL yang telah dipindahkan lebih dipermudahkan, dimana anda tidak lagi perlu membukanya secara manual, sebaliknya boleh lihat apakah halaman yang anda telah singkatkan URLnya, dan menggunakannya semula jika diperlukan.


TIPS & ULASAN