Cari @ Amanz

Pada Mobile World Congress yang lepas, salah satu peranti yang mencuri perhatian ramai adalah Asus Padfone, yang membawakan gabungan tablet dan juga telefon pintar pada satu peranti baru. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, namun Asus Malaysia mengatakan mereka akan membawa masuk peranti tersebut ke Malaysia pada bulan Mei 2012 ini.

Asus Padfone kelak akan didatangkan bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, skrin paparan 4.3-inci untuk Padfone, manakala skrin seluas 10.1-inci untuk Padfone Station, cip pemprosesan 1.5GHz dwi-teras, dan jangka-tahan bateri sehingga lebih 5 kali ganda apabila kedua-duanya digabungkan.

Bagi yang tercari-cari untuk membeli tablet dan juga telefon pintar pada masa yang sama, Asus Padfone semestinya salah satu pilihan pintar, dimana pada masa yang sama anda dapat menjimatkan kos, bukan sahaja kos peranti, tetapi juga turut sama kos sambungan internet dan sebagainya, selain pada masa yang sama meningkatkan produktiviti.

Jadi, sama-sama kita nantikan sehingga ke bulan Mei 2012 ini untuk mengetahui harga jualan peranti ini dipasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd