Cari @ Amanz

Dengan Microsoft yang memfokuskan kepada sistem operasi mesra sentuhan melalui Windows 8, nampaknya pengeluar komputer riba, terutamanya ultrabook, turut sama memfokuskan kepada penghasilan ultrabook dengan sokongan skrin sentuh, untuk memudahkan penggunaan. Dan untuk memulakannya, pemegang hak cipta dagangan untuk ultrabook, Intel memperlihatkan prototaip awal untuk peranti tersebut dengan sokongan skrin sentuh.

Dengan memperlihatkan konsep dan prototaip untuk ultrabook dengan skrin sentuh ini, ia sekaligus memberikan petanda, beberapa ultrabook dengan sokongan sedemikian bakal dilancarkan kelak pada tahun ini, dan berkemungkinan ia akan dilancarkan bersama sistem operasi Windows 8 kelak.

Dari segi sasaran pengguna, berkemungkinan ianya bersesuaian dengan pengguna yang gemarkan papan kekunci dan hanya menggunakan skrin sentuh sekali-sekala sahaja.

Di pasaran, pada masa kini, anda boleh mendapatkan beberapa komputer riba yang didatangkan dengan sokongan sentuhan, selain mana Asus menawarkan tablet mereka Transformer dengan sokongan untuk berubah menjadi komputer riba. Tetapi pada skrin bersaiz 10.1-inci.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd