Cari @ Amanz

Salah satu laman berbentuk komuniti memfokuskan kepada kandungan di Malaysia adalah Negaraku. Namun beberapa tahun yang lepas ianya telah berkubur tanpa sebarang berita apabila menghadapi masalah spam dan sebagainya. Kini, ia bakal muncul kembali dalam versi baru, yang lebih kemas, membolehkan mereka yang inginkan kandungan dari penulis tempatan merujuk terus padanya.

Buat masa ini, ia sedang diuji secara dalam melalui versi beta tertutup, dan menggunakan WordPress sebagai tonggak utamanya, berbanding Pligg sebelum ini. Nama domain juga dilihat berubah daripada Negaraku.net kepada Negaraku.my, membawakan identiti Malaysia secara menyeluruh pada laman tersebut.

Negaraku.my yang baru ini juga bakal menapis pelbagai jenis kandungan, memfokuskan kepada kandungan yang benar-benar berkualiti diperlihatkan pada laman mereka, sekaligus memberikan bahan bacaan bermutu kepada pengunjung ke laman tersebut. Mereka juga turut menyatakan tidak akan menyertakan sebarang artikel yang menampakkan gadis seksi, barangan lanun digital, penggunaan kata-kata kesat dan sebagainya.

Negaraku.my disasarkan untuk pelancaran pada 1 April kelak (dan mungkin lebih awal).

Jadi, adakah Negaraku.my bakal menjadi destinasi utama untuk mendapatkan kandungan tempatan kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd