Cari @ Amanz

Selepas hampir tiga generasi, iPad masih lagi memegang takhta sebagai tablet yang paling popular dunia diseluruh dunia. Pada hari ini, Apple bakal memperkenalkan tablet iPad generasi baru mereka kepada umum, dan anda boleh mengikuti bersama-sama kami dalam mengetahui pelbagai kemaskini semasa melalui sokongan +Hangout yang diadakan oleh pihak kami bersempena dengannya.

Kami akan mulakan perbincangan mengenainya melalui Google Hangout bermula daripada sekitar pukul 1.45 pagi kelak, bersama dua orang penulis di Amanz, iaitu Ikhwan Nazri (@tekong) dan juga Khairunnisa’ (@nisa_kay). Anda turut sama boleh mengambil peluang dalam berbincang bersama kami, dan mengutarakan pendapat anda untuk dikongsi bersama yang lain.

Buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan oleh iPad generasi baru masih lagi tidak diketahui secara rasminya. Namun apa yang diperkatakan, ia bakal membawakan cip-pemprosesan empat-teras bersama-sama skrin definisi tinggi bersama-sama dengannya.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Apple melalui acara tersebut kelak.

Kemaskini : Nampaknya seperti kami menghadapi sedikit permasalahan dengan Google Hangout. Tetapi tidak mengapa, kami akan cuba mengeluarkan kemaskini semasa sepantas mungkin. Ikut halaman Facebook untuk perkembangan semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd