iOS 5.1 Diumumkan – Siri Didatangkan Dengan Sokongan Bahasa Jepun

iOS 5.1 Diumumkan – Siri Didatangkan Dengan Sokongan Bahasa Jepun

Diterbitkan pada Mac 8, 2012 oleh .

Pada acara yang diadakan hari ini, pihak Apple melalui Tim Cook telah pun mengumumkan iOS 5.1 kepada para pengguna peranti iOS, dimana melaluinya ia membawakan tambahan sokongan bahasa untuk fungsi popular pada iPhone 4S, iaitu Siri. Fungsi-fungsi lain yang disertakan untuk pengguna peranti lain masih tidak diketahui buat masa ini.

Selain daripada Siri dalam bahasa Jepun, ia juga kelihatan, iOS 5.1 akan membawakan sokongan integrasi iCloud bersama sokongan untuk kandungan video untuk digunakan bersama Apple TV.

Kemaskini lain tidak diketahui lagi, dan Apple juga tidak mengumumkan sebarang perkara tambahan, berkenaan bilakah bahasa lain akan diperkenalkan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN