Aplikasi Readability Bakal Diperkenalkan Untuk Android Pada Minggu Hadapan

Aplikasi Readability Bakal Diperkenalkan Untuk Android Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 8, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, kami telah mengeluarkan ulasan mengenai aplikasi Readability untuk para pengguna platform iOS, iaitu iPhone dan juga iPad. Perkara ini meninggalkan para pengguna platform lain terpaksa menggunakan aplikasi berasaskan web pada peranti mudah-alih mereka. Namun, mungkin perkara tersebut akan diatasi secara berperingkat, dimana pembangunnya mengumumkan akan memperkenalkan aplikasi Readability untuk Android tidak lama lagi.

Melalui aplikasi Readability untuk iOS, ia disasarkan untuk membawakan fungsi yang sama, memfokuskan kepada memudahkan para pengguna membaca dan menumpukan perhatian pada kandungan di sesuatu web itu. Untuk Android, aplikasi tersebut turut akan didatangkan dalam variasi untuk telefon pintar dan juga tablet, sama seperti untuk iOS, dan ditawarkan secara percuma.

Pembangunnya mengatakan ia akan membawakan rekabentuk antaramuka dan fungsi kepenggunaan yang sama padanya. Aplikasi Readability untuk Android disasarkan untuk dilancarkan sekitar 12 Mac kelak.


TIPS & ULASAN