Fleapy Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dan Beberapa Fungsi Baru

Fleapy Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Mac 8, 2012 oleh .

Bagi mereka yang gemar melancong dan juga mengembara ke pelbagai negara, semestinya mengetahui akan kewujudan laman Fleapy, yang membolehkan anda mengetahui harga-harga diskaun untuk tiket penerbangan domestik dan juga antarabangsa. Pada masa yang sama, pembangun disebalik laman tersebut juga sedang giat dalam membangunkan versi baru laman tersebut yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui Fleapy yang baru, salah satu perkara yang membawakan perubahan tampak berbeza adalah dari segi antaramuka. Namun begitu, ia masih mengekalkan antaramuka yang ringkas dan memfokuskan kepada fungsi utama laman tersebut, iaitu mencari tiket penerbangan pada harga yang berpatutan.

Pada masa yang sama, mereka juga kini menambah beberapa syarikat penerbangan baru dibawah pangkalan data Fleapy, membolehkan para pengguna memilih syarikat penerbangan yang digemari mereka. Selain daripada Air Asia, ia turut menyertakan Firefly, JetStar, Tiger Airways dan juga Nok Air.

Paparan untuk halaman kalendar juga turut dikemaskini, membolehkan para pengguna untuk memilih tarikh yang diperlukan oleh mereka dengan lebih mudah, dimana harga tiket penerbangan pada setiap tarikh diperlihatkan, memudahkan memilih tarikh yang tepat untuk mendapatkan harga berpatutan.

Sokongan bahasa Malaysia masih disertakan, membolehkan para pengguna tempatan yang ingin menggunakan laman tersebut dalam bahasa kebangsaan, menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah versi baru ini bakal dilancarkan. Sementara itu, mungkin anda masih boleh menguji versi sedia ada Fleapy, sebelum versi baru diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN