Cari @ Amanz

Hari ini, UMobile menjadi yang terawal dalam mengumumkan penawaran peranti terkini daripada Sony Mobile, iaitu Sony Xperia S. Buat masa ini, pihak UMobile hanya sekadar memulakan pendaftaran minat sahaja, dan mungkin pakej rasmi untuknya akan diumumkan pada 14 Mac 2012 kelak, bersama-sama pelancaran peranti tersebut.

Untuk makluman, Sony Xperia S membawakan sistem operasi Android 2.3 Gingrebread, cip pemprosesan 1.5GHz dwi-teras, skrin 4.3-inci, kamera 12.1-megapixel dengan sokongan zoom digital sehingga 16 kali, dan rakaman HD penuh padanya.

UMobile membuka pendaftaran minat daripada hari ini sehingga 13 Mac kelak, sekaligus memperlihatkan ia akan dilancarkan pada pasaran tempatan bermula daripada 14 Mac kelak. Harga peranti masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd