NVIDIA Menyertai Linux Foundation

NVIDIA Menyertai Linux Foundation

Diterbitkan pada Mac 9, 2012 oleh .

Salah satu pengeluar kad grafik terkemuka adalah NVIDIA, yang mana popular dengan jenama GeForce dan juga pemprosesan Tegra dibawah mereka, hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka telah pun menyertai Linux Foundation, sekaligus memperlihatkan mereka akan menyokong kebanyakkan cip mereka dibawah platform Linux, serta menyumbang kepada pembangunan Linux dari semasa ke semasa.

NVIDIA buat masa ini, telah pun sedia menawarkan perisian untuk platform Linux, yang menyokong kebanyakkan cip mereka pada platform tersebut. Walaubagaimanapun, sumber kod untuknya adalah bukannya terbuka seperti beberapa aplikasi lain. Namun, prestasi sokongannya adalah sesuatu yang baik sehingga ke hari ini. Dan dengan pengumuman ini, mungkin kita akan dapat melihat sokongan yang lebih baik, disamping aplikasi seperti permainan dan menggunakan penggunaan grafik tinggi yang akan terus meningkat pada platform tersebut

Bersama-sama dengan pengumuman hari ini, antara syarikat lain yang turut menyertai NVIDIA menyertai Linux Foundation adalah termasuk Fluendo, Lineo Solutions dan juga Mocana.


TIPS & ULASAN