Cari @ Amanz

Nampaknya, lebih awal daripada apa yang diperkatakan, Samsung akan mula memperkenalkan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich untuk para pengguna mereka bermula 10 Mac ini, iaitu esok, membolehkan para pengguna Galaxy S2 menikmati fungsi baru daripada Android 4.0 itu.

Melalui dokumen yang disediakan oleh Samsung, ia diperlihatkan para pengguna perlu mempunyai KIES versi terkini. Ia juga boleh dikemaskini dengan pilihan samada melalui KIES 2.0 ataupun melalui FOTA.

Antara fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengan ICS untuk Galaxy S2 adalah sokongan Face Unlock, Android Beam, fungsi untuk melihat penggunaan data untuk rangkaian mudah-alih, dan juga fungsi multi-tasking yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, melalui ICS, Galaxy S2 tidak akan menyokong Adobe Flash dan juga Bluetooth 3.0 HS lagi.

Jadi, bagi para pengguna Samsung Galaxy S2, mungkin anda boleh mula membuat salinan pendua untuk data-data pada peranti anda, dan mula bersedia untuk menerima kemaskini ICS pada peranti anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd