Kemaskini Chrome 18 Beta Dilancarkan Untuk Windows, Mac Dan Linux

Diterbitkan pada Mac 9, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan masalah sekuriti yang ditemui pada pertandingan Pwnium, kini Google telah pun mengeluarkan kemaskini kepada pelayar web versi stabil mereka, selain pada masa yang sama turut mengeluarkan versi beta yang baru untuk platform Windows, Mac, Linux dan juga Chrome Frame.

Melalui kemaskini ini, mereka lebih memfokuskan kepada mengatasi beberapa masalah crash yang dihadapi padanya, selain menambah-baik beberapa fungsi sedia ada padanya. Fungsi baru pada Chrome 18 masih lagi tidak diumumkan oleh pihak Google buat masa ini.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mencuba Google Chrome 18 Beta pada Windows, Mac, dan juga Linux, sementara menantikan pelancarannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami