Cari @ Amanz

Apeje – Membawakan Laman Sosial Dengan Integrasi Jualan Dan Pembelian

Oleh Aman

Link Copied!

Dunia internet yang semakin berkembang dari hari ke hari, salah satunya menyumbang kepada ekonomi digital. Di Malaysia sahaja, antara laman jual-beli popular adalah Lelong dan juga Mudah, dan terdapat beberapa laman jual-beli yang lain. Dan kini, munculnya Apeje yang memperkenalkan laman sosial dengan sokongan jual-beli.

Sama seperti beberapa laman lain, ia menawarkan pendaftaran menggunakan Facebook Connect, selain pendaftaran manual padanya. Ia menekankan konsep “social commerce” membolehkan para pengguna membangunkan kedai atas talian mereka sendiri, dan pada masa yang sama menawarkan sokongan menyediakan invois, borang tempahan, dan pelbagai aplikasi berguna kepada para penjual.

Memandangkan ianya berfungsi seperti laman sosial, ia membolehkan para penjual berinteraksi dengan mudah bersama pembeli. Pada masa yang sama, setiap kali para penjual mengemaskini kedai-atas-talian pada Apeje, kemaskini tersebut akan diperlihatkan pada bahagian utama (Feed), membolehkan pengguna dan pembeli lain mengikutinya dengan mudah.

Pembangunnya juga turut mengatakan mereka akan memperkenalkan beberapa fungsi menarik dalam masa akan datang. Dan sementara itu, bagi mereka yang tidak ingin mengeluarkan belanja untuk mendapatkan nama domain, hosting dan sebagainya, mungkin anda boleh mencuba Apeje dalam memasarkan produk di arena Internet ini.


Komen ()