Cari @ Amanz

AculNetwork Menawarkan Tema WordPress Percuma Khas Untuk Pembaca Amanz

Oleh Aman

Link Copied!

Di Malaysia, terdapat beberapa penyedia tema WordPress tempatan, seperti KreativeThemes, ThemeBaker dan sebagainya, namun kelihatan kurang aktif kebelakangan ini. Dan terkini adalah salah satu pembangun tema baru, yang memperkenalkan tema WordPress, dinamakan sebagai Viber, khas untuk pembaca Amanz.

Secara kasarnya, ia membawakan pelbagai fungsi umum yang biasa terdapat pada tema WordPress lain, seperti sokongan halaman tema khas, sokongan thumbnail, SEO, dan sebagainya. Dan salah satu perkara yang turut ditawarkan oleh pembangun tema tersebut adalah pilihan bahasa, dimana ia ditawarkan dalam bahasa Malaysia, dan juga bahasa Inggeris, sesuai untuk mereka yang membangunkan blog, mengikut bahasa kegemaran mereka.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun tema Viber ini untuk WordPress dalam pilihan bahasa Malaysia ataupun Inggeris hari ini, dan menggunakannya pada laman WordPress anda.


Komen ()