Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai laman jual-beli yang terdapat di Malaysia (terkini : Apeje) yang memfokuskan kepada penjualan barangan dan juga perkhidmatan. Dan sedikit berbeza adalah CultureRun yang menawarkan sokongan pembelian ilmu dan pengetahuan, dimana melaluinya, ia memudahkan para pengguna untuk mempelajari pelbagai perkara baru, disamping berkenalan dengan mereka yang mempunyai minat sama.

CultureRun memfokuskan kepada pembelajaran dalam dunia-nyata, dan bukannya melalui internet, membolehkan anda bertemu dengan rakan-rakan baru, disamping menambah kenalan yang mempunyai minat sama. Dari segi pembelajaran yang ditawarkan melalui laman mereka, antaranya termasuklah dari segi sukan, seni, tarian, fotografi dan sebagainya.

Sama seperti laman-laman lain, para pengguna boleh menyenaraikan kepakaran mereka, dan pada masa yang sama menjana duit tambahan dengan membolehkan pengguna lain mahupun mereka dengan minat serupa mempelajari ilmu tambahan daripada anda, dan semestinya pada suatu kadar bayaran.

Segala proses transaksi dikendalikan oleh pihak CultureRun, jadi anda tidak perlu bimbang akan prosesnya, dan menggunakan platform mereka adalah percuma. Namun, kami tidak dapat pastikan samaada terdapat sebarang peratusan bayaran yang akan diambil oleh pihak CultureRun ataupun tidak.

Dan bagi pemilik lokasi, mahupun ruangan yang tidak digunakan pada kedai mahupun pejabat mereka, anda turut sama boleh membantu komuniti dengan menyenaraikan lokasi anda padanya, dan membantu komuniti dengan membolehkan mereka mempelajari sesuatu yang baru pada tempat anda. Perkara ini, sekaligus membantu pemasaran jenama dan juga pejabat anda kepada umum melalui rangkaian sosial dan sebagainya.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk menyenaraikan kepakaran, ataupun mahu mendapatkan ilmu tambahan, mungkin boleh menjenguk ke laman CultureRun, dan mula menambah kepakaran anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd