Pembangunan Untuk Firefox 8 Metro Telah Pun Dimulakan

Diterbitkan pada Mac 10, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mozilla sejak daripada bulan lepas, telah pun merancang untuk membangunkan pelayar web Firefox mereka yang dioptimasikan dengan antaramuka Metro khas untuk para pengguna Windows 8. Dan melalui kemaskini terbaru daripada pembangun Mozilla, ia kelihatan, pembangunan tersebut telah pun dimulakan oleh mereka sejak daripada awal minggu ini.

Buat masa ini, bagaimanakah ianya akan kelihatan masih tidak diketahui lagi. Namun, menurut Mozilla, mereka akan menggunaka beberapa perkara daripada Windows sendiri dalam menjayakan projek Firefox untuk Windows 8 Metro tersebut.

Walaubagaimanapun, menurut Mozilla, mereka mengatakan yang mana untuk membangunkan pelayar web bercirikan Metro pada Windows 8, mereka perlu menjadikan pelayar web tersebut sebagai pelayar web utama untuk desktop tersebut, dan jikalau tidak, ianya mungkin tidak berjaya digunakan.

Mungkin kita akan dapat melihat antaramuka awal Firefox untuk Metro tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami