Xbox Generasi Baru Tidak Akan Membawakan Pemacu Cakera?

Xbox Generasi Baru Tidak Akan Membawakan Pemacu Cakera?

Diterbitkan pada Mac 10, 2012 oleh .

Ura-ura berkaitan dengan Xbox generasi baru telah pun mula kedengaran sejak daripada tahun lepas. Dan hari ini, beberapa info baru kedengaran, dimana mengatakan Xbox baru kelak tidak akan menyertakan sokongan pemacu cakera padanya, sekaligus menjadikannya tertanya-tanya bagaimana pembangun permainan akan menjual permainan mereka.

Sekiranya perkara ini benar, mungkin Microsoft akan memperkenalkan alternatif baru untuk konsol mereka, ataupun menggunakan storan atas-talian sepenuhnya. Namun, perkara berkaitan dengan ini masih tidak diketahui lagi.

Menurut sumber tersebut lagi, Microsoft mensasarkan akan melancarkan konsol terbaru daripada mereka itu, pada tahun 2013 kelak, dan masih tidak diketahui samada adakah Microsoft akan memperlihatkan beberapa info pada E3 tahun ini.

Ura-ura terbaru ini, sekaligus bertentangan dengan laporan sebelum ini, mengatakan yang mana Microsoft akan membawakan sokongan Blu-Ray pada Xbox baru kelak. Walaubagaimanapun, segalanya masih dalam bentuk ura-ura, tanpa pengesahan rasmi daripada pihak Microsoft buat masa ini.


TIPS & ULASAN