Cari @ Amanz

Mozilla Thunderbird 13 Bakal Didatangkan Dengan Sokongan IM

Oleh Aman

Link Copied!

Mozilla Thunderbird daripada dahulu lagi memfokuskan untuk memudahkan perhubungan terus daripada desktop tanpa perlu membuka pelayar web. Dan nampaknya, mereka akan terus menambah pelbagai medium perhubungan selain daripada emel, dimana melalui versi pembangunan Thunderbird 13, integrasi untuk sokongan chat mula kelihatan.


Sokongan Integrasi IM Pada Thunderbird [via]

Melalui versi pembangunan awal yang kini sedia dimuat-turun, ia memperlihatkan integrasi beberapa medium lain, selain daripada hanya sokongan emel sahaja. Antara perkara yang diintegrasikan termasuklah sokongan Facebook Chat, Google Talk, Twitter, dan juga IRC.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi pada peringkat awal pembangunana, dan mempunyai pelbagai fasa lagi, sebelum ianya dilancarkan. Secara kasarnya, Thunderbird 13 bakal dilancarkan kepada umum dalam tempoh lebih kurang 13 minggu lagi.

Bagi sesiapa yang teringin untuk menguji sokongan integrasi chat pada Mozilla Thunderbird, anda boleh memuat-turun versi pembangunan untuknya hari ini. Namun, seperti biasa, hendaklah diingati bahawa ia masih pada peringkat pembangunan, dan mungkin tidak stabil untuk digunakan untuk komunikasi harian.


Komen ()