HackrBackr – Dapatkan Idea, Mentor, Dan Pandangan Untuk Projek Anda

HackrBackr – Dapatkan Idea, Mentor, Dan Pandangan Untuk Projek Anda

Diterbitkan pada Mac 10, 2012 oleh .

Di luar negara, terdapat pelbagai platform yang menyokong pembangun mereka dalam memberikan pelbagai pandanga, sokongan dan sebagainya. Dan kini di Malaysia, laman HackrBackr dilancarkan, membolehkan para pembangun sesuatu projek berasaskan web ataupun apa sahaja mendapat sokongan dan pandangan pihak yang lebih pakar dengan mudah.

HackrBackr berfungsi sebagai sebuah komuniti yang menghubungkan antara pembangun dan juga para pelabur dan juga mentor, membolehkan seseorang pembangun itu mendapatkan pelbagai idea menarik dan berguna, selain pandangan ikhlas berkaitan dengan projek-projek yang dibangunkan oleh mereka.

Selain daripada hanya didunia web, mereka juga mengadakan perjumpaan bulanan di Nook Bangsar, membolehkan pembangun, pelabur, dan mereka yang berkaitan dengan sesuatu industri bertemu dan pada masa yang sama, mempersembahkan projek masing-masing dan juga mendapatkan idea dalam memperkembangkan projek mereka.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh hadiri perjumpaan pertama mereka pada 31 Mac ini, 7 April ini ataupun bagi yang menetap dilokasi yang jauh, mungkin boleh mendaftarkan diri pada laman HackrBackr, dan mendapatkan pelbagai khidmat nasihat dan sebagainya secara percuma, dan menggunakannya dalam menjadikan aplikasi web anda lebih baik lagi.


TIPS & ULASAN