Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan pengurusan pembelanjaan harian dan bulanan, dan kadang-kala membawakan antaramuka yang agak sukar untuk difahami. Terkini, salah satu aplikasi yang ditawarkan dengan sokongan antaramuka pengguna yang ringkas dan mudah digunakan adalah Buku Bajet, yang dibangunkan oleh pembangun tempatan.

Melaluinya, ia membolehkan anda memasukkan pelbagai data mengenai pembelanjaan bulanan anda, dimana ia dikira secara automatik, memperlihatkan berapakah baki wang anda yang dalam simpanan untuk sesuatu bulan itu.

Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan dalam bentuk beta, dan mungkin pada versi akhirnya kelak, pelbagai perkara akan ditambah, menjadikannya lebih menarik lagi. Sekiranya anda mempunyai peranti berasaskan Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Buku Bajet ini terus daripada Google Play Market, dan sekiranya mempunyai sebarang idea tambahan mahupun maklumbalas berkenaan dengan aplikasi ini, boleh tinggalkan komentar mahupun hubungi pembangun tersebut sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd