Google sedia memudahkan para pengguna menguruskan akaun mereka, dengan merujuk kepada Google Dashboard, disamping membolehkan mereka membawa keluar data-data sebagai salinan pendua melalui Google Takeout. Dan dalam memberikan sokongan penuh pada akaun mereka pada Google, tidak lama lagi, Google akan menyediakan laporan bulanan untuk aktiviti mereka pada Google.
Produk baru yang dinamakan sebagai Google Account Statement itu bakal kelak membolehkan anda mengetahui ringkasan aktiviti bulanan anda pada produk dan perkhidmatan Google, sekaligus memudahkan anda menguruskan pelbagai perkara, dari segi privasi dan sebagainya.
Ia tidak diketahui lagi samada adakah ianya akan turut menyertakan data daripada penggunaan pelayar web Google Chrome ataupun tidak. Namun, perkara ini semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai, sekaligus membolehkan mereka mengetahui aktiviti bulanan pada pelbagai produk Google, terutamanya berapa lama masa dihabiskan pada YouTube.