Gowalla Dimatikan Secara Rasminya

Gowalla Dimatikan Secara Rasminya

Diterbitkan pada Mac 11, 2012 oleh .

Salah satu pesaing terdekat untuk FourSquare adalah perkhidmatan berasaskan lokasi dengan beberapa ciri-ciri serupa, dinamakan sebagai Gowalla. Namun, dengan pembelian Gowalla oleh Facebook, pelbagai perkara telah berubah, dan kini, melalui halaman utama mereka, memperlihatkan perkhidmatan tersebut telah pun ditamatkan secara rasminya.

Para pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut boleh memuat-turun data-data yang dikongsikan mereka, seperti gambar dan sebagainya tidak lama lagi.

Sebelum ini, Facebook telah mengambil-alih perkhidmatan Gowalla, sekaligus membawa pasukan pembangun Gowalla menyertai gergasi laman sosial tersebut. Perkara ini juga, sekaligus menjadikan FourSquare tidak mempunyai sebuah peasing yang nyata buat masa ini, selain daripada Facebook Places dan juga Google Latitude yang masih sukar mengejar populariti FourSquare buat masa ini.


TIPS & ULASAN