Facebook Mula Memperkenalkan Sokongan Untuk Melindungi Facebook Pages

Facebook Mula Memperkenalkan Sokongan Untuk Melindungi Facebook Pages

Diterbitkan pada Mac 11, 2012 oleh .

Berbeza dengan pada Google+ Pages, pentadbir dan pemilik pada Facebook Pages boleh dibuang daripada mempunyai akses dengan mudah sekiranya diceroboh oleh pihak ketiga. Dan untuk mengatasi perkara ini, kini Facebook dilihat sedang menguji salah satu fungsi baru dalam melindungi sesuatu halaman dan pentabir halaman tersebut.

Melaluinya, ia membolehkan anda mengambil hak penuh untuk halaman Facebook Pages milik anda, dan memberikan beberapa fungsi tambahan, yang hanya akan dilihat oleh pentadbir yang dipercayai (Trusted Admins) itu. Ia juga membolehkan anda melindungi halaman tersebut daripada diceroboh oleh orang lain, dan memberikan akses pentadbir tanpa kebenaran anda.

Buat masa ini, Facebook hanya menguji fungsi ini pada segelintir kecil pengguna sahaja, dan mungkin ia akan diuji dengan lebih meluas dengan pengenalan sokongan antaramuka Timeline pada Facebook Pages kelak.


TIPS & ULASAN