Cari @ Amanz

Selain beberapa aplikasi waktu solat untuk Android dan juga untuk platform Windows Phone, kini salah satu aplikasi diperkenalkan untuk platform iOS, dinamakan sebagai Iman. Bersama-sama dengannya, selain menyertakan sokongan waktu solat, ia turut menyertakan sokongan arah kiblat, dan juga info berkaitan Jama’ Qasar.

Seperti kebanyakkan aplikasi lain, ia menggunakan data daripada eSolat Jakim untuk membawakan waktu solat padanya. Namun, pada masa yang sama, ia turut menyertakan sokongan pengiraan waktu solat untuk diluar Malaysia mengikut beberapa kaedah yang disertakan padanya.

Para pengguna juga turut boleh mengaktifkan fungsi notikasi padanya, untuk mengetahui waktu solat semasa, dan sebagainya.

Bagi pengguna peranti iOS, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi Iman ini daripada Apple AppStore hari ini secara percuma pada peranti anda, dan gunakannya dalam aktiviti harian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd