Mozilla Firefox 11 Bakal Dilancarkan Secara Rasminya Esok

Mozilla Firefox 11 Bakal Dilancarkan Secara Rasminya Esok

Diterbitkan pada Mac 12, 2012 oleh .

Para pengguna Mozilla Firefox, mungkin telah sedia maklum akan yang mana pembangunan pelayar web sumber terbuka itu kini mengikuti latar masa pembangunan selama enam minggu, dimana setiap 6 minggu versi baru akan diperkenalkan. Dan mengikut jadual pembangunan, versi Firefox 11 bakal dilancarkan kepada umum pada 13 Mac ini, iaitu esok.

Seperti biasa, pembangun Firefox telah pun memuat-naik fail Firefox 11 ke dalam pelayan mereka sebelum ini, namun terpaksa dikeluarkan kembali, memandangkan terdapat perubahan akhir yang perlu dilakukan, dan ianya tidak bersedia sepenuhnya untuk pengguna umum. Mungkin sekiranya segalanya berjalan lancar, kita akan dapat melihat versi akhir pelayar web tersebut esok.

Melalui Firefox 11, ia bakal membawakan sokongan untuk memindahkan dan mengimport pelbagai data, seperti bookmark, cookies dan lain-lain daripada pelayar web Google Chrome. Beberapa fungsi tambahan lain mungkin akan diumumkan oleh pihak Mozilla secara rasminya ketika pelancaran pelayar web tersebut kelak.


TIPS & ULASAN