Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi yang dinantikan untuk platform Android untuk sekian lama adalah Instagram. Setelah menjanjikan akan melancarkan untuk platform Android sejak daripada dulu lagi, kini Instagram yang digunakan lebih daripada 27 juta pengguna iOS, bakal diperkenalkan dalam masa terdekat. Aplikasi tersebut sedang diuji dalam bentuk beta tertutup untuk platform Android buat masa ini.

Menurut pembangun Instagram sendiri, aplikasi untuk Android adalah lebih baik dan menarik berbanding aplikasi iPhone sedia ada, dan berfungsi dengan amat pantas, dan menyokong pelbagai saiz skrin tanpa sebarang masalah. Ia turut didatangkan dengan sokongan perkongsian untuk pelbagai laman sosial terkemuka, termasuk Twitter, Facebook dan juga Tumblr.

Tarikh rasmi pelancaran aplikasi tersebut masih lagi tidak diketahui. Tetapi, dengan ujian beta tertutup yang sudah dimulakan, pelancaran beta terbuka mungkin akan menyusul dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd