Khan Academy Melancarkan Aplikasi Rasmi Untuk iPad

Khan Academy Melancarkan Aplikasi Rasmi Untuk iPad

Diterbitkan pada Mac 12, 2012 oleh .

Dari segi pembelajaran atas-talian, mahupun melalui video, salah satu akademi yang popular di seantero dunia web adalah Khan Academy. Melaluinya, mereka menawarkan pembelajaran melalui video, dan hari ini, secara rasminya mereka melancarkan aplikasi iPad mereka, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai topik pembelajaran secara percuma pada iPad mereka.

Salah satu perkara yang amat menarik sekali pada aplikasi iPad Khan Academy adalah sokongan luar-talian (offline) membolehkan para pengguna memuat-turun sesebuah video, dan menyimpan dalam simpanan untuk digunakan mahupun ditonton tanpa sambungan internet dimaa sahaja mereka berada. Ia juga membawakan sokongan sari-kata, membolehkan para pengguna dan pelajar memahami dengan lebih baik setiap perkataan yang disebut.

Khan Academy juga dijangka bakal memperkenalkan kemaskini aplikasi iPad mereka tidak lama lagi, membawakan tambahan sokongan latian dan beberapa aplikasi tambahan padanya untuk tujuan pembelajaran.

Bagi para pengguna iPad, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi rasmi Khan Academy ini secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam pembelajaran dan menambahkan ilmu pengetahuan anda dengan sesuatu yang baru setiap hari.


TIPS & ULASAN