(Ura-Ura) CNN Ingin Membeli Mashable Pada Harga $200 Juta?

(Ura-Ura) CNN Ingin Membeli Mashable Pada Harga $200 Juta?

Diterbitkan pada Mac 12, 2012 oleh .

Bagi para pengguna internet yang gemar mengikuti berita-berita berkaitan dengan media sosial, mungkin laman Mashable sesuatu yang tidak asing bagi anda. Mashable telah mula beroperasi sejak daripada 2005, dan sejak daripada itu telah berkembang dengan pesat. Dan menariknya, kini ura-ura awal mula mengatakan laman tersebut bakal dibeli oleh CNN pada harga $200 juta.

Buat masa ini, kedua-dua pihak, iaitu CNN dan juga Mashable tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengannya. Menurut Reuters, berkemungkinan ia akan diumumkan secara rasmi pada hari Selasa ataupun pada Rabu kelak.

Mashable kini mempunyai lebih daripada 50 juta pengunjung setiap bulan, yang mana memfokuskan kepada pelbagai berita-berita berkaitan media sosial, dan telah bekerjasama dengan CNN untuk sekian lama, dalam bertukar berita, dan sebagainya.

Dan semestinya kerjasama ini bakal menguntungkan kedua-dua pihak, sekiranya benar. Sama-sama kita nantikan komen rasmi kedua-dua pihak, dan mengetahui adakah perkara ini sahih ataupun tidak.


TIPS & ULASAN