Cari @ Amanz

TED-Ed Menyampaikan Video Berkaitan Pendidikan Dalam Bentuk Animasi

Oleh Aman

Link Copied!

Pembelajaran dan juga menyampaikan pengetahuan melalui video merupakan salah satu perkara yang semakin meningkat popular akhir-akhir ini. Antara nama besar adalah Khan Academy yang terkenal diseluruh dunia, dan terkini TED yang sememangnya popular dengan video-video bercirikan penyampaian idea, memperkenalkan TED-Ed.

TED-Ed ataupun ringkasan untuk TED Education merupakan koleksi video bercirikan pendidikan yang disampaikan dalam bentuk animasi. Ia disampaikan dalam bentuk video kurang 10 minit, supaya para pendengar tidak bosan dengan penerimaannya, dan pada masa yang sama memudahkan mereka memahami sesuatu topik yang dibincangkan.

Pada masa yang sama, TED-Ed juga menjemput ramai cikgu dari seluruh dunia menyertai mereka, dalam menyampaikan pengetahuan masing-masing kepada semua, dan pada masa yang sama memudahkan yang lain menerima dan memahami sesuatu topik itu.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh melanggan kepada saluran TED-Ed rasmi pada YouTube, dan mengikuti pelbagai ilmu yang dikongsikan padanya setiap hari.


Komen ()