Panduan Pengguna Xperia S Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia (PDF)

Panduan Pengguna Xperia S Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia (PDF)

Diterbitkan pada Mac 12, 2012 oleh .

Bagi para pengguna dan peminat peranti mudah-alih Sony, semestinya anda ternanti-nanti akan pelancaran peranti tersebut pada hari Khamis ini di Malaysia, yang mana akan mula dijual pada hari yang sama. Dan bersempena dengan itu, pihak Sony Mobile sendiri telah menyediakan panduan pengguna untuk memudahkan anda menggunakan peranti tersebut, dan menariknya didatangkan dalam bahasa Malaysia.

Panduan pengguna yang setebal 147 halaman itu boleh dimuat-turun daripada halaman rasmi Sony Mobile, dan bagi yang tidak biasa dengan bahasa Malaysia, turut boleh mendapatkannya dalam pelbagai bahasa pilihan yang lain. Ia menyertakan pelbagai informasi padanya, daripada pengenalan kepada telefon pintar tersebut, sehinggalah kepada informasi berkaitan dengan bagaimana mengitar semula telefon tersebut dan sebagainya.

Jadi, sementara menunggu pelancaran peranti tersebut di Malaysia pada hari Khamis ini, mungkin bagi yang berminat mendapatkannya boleh mendalami lagi pelbagai perkara berkenaan dengan buku tersebut, dan mendapatkan pengetahuan awal berkaitan peranti tersebut.


TIPS & ULASAN