Twitter Mengambil-Alih Posterous

Twitter Mengambil-Alih Posterous

Diterbitkan pada Mac 13, 2012 oleh .

Bagi mereka yang biasa dengan Tumblr, aplikasi web Posterous merupakan pesaing terdekat untuk Tumblr, menawarkan sokongan untuk berkongsi pelbagai perkara, samada audio, video, teks mahupun pautan dengan mudah. Dan hari ini, pihak Twitter mengumumkan pengambil-alihan Posterous oleh mereka.

Secara amnya, Twitter dilihat lebih berminat kepada para pembangun disebaliknya berbanding produk itu sendiri. Menurut Twitter lagi, perkhidmatan Posterous akan berfungsi seperti biasa buat masa ini. Namun, ianya merupakan salah satu perkara yang baik untuk mula membuat salinan data-data pada laman tersebut, kerana kemungkinan ianya dimatikan adalah amat tinggi.

Harga pengambil-alihan juga tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Apakah Twitter bakal bawakan dengan pengambil-alihan pasukan Posterous juga masih menjadi misteri, dan mungkin kita akan dapat melihat hasilnya dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN