Intel Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan IPTV Pada Penghujung Tahun Ini?

Intel Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan IPTV Pada Penghujung Tahun Ini?

Diterbitkan pada Mac 13, 2012 oleh .

Selepas tablet dan telefon mudah-alih, salah satu peranti yang kian menjadi fokus ramai adalah televisyen. Selain daripada AppleTV, GoogleTV mahupun beberapa televisyen pintar yang lain, kini Intel dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan IPTV mereka tersendiri, sekaligus memberikan cabaran kepada saluran berbayar yang lain di pasaran.

Ia diperkatakan Intel telah pun mula berbincang dengan beberapa penyedia kandungan, dalam mendapatkan kerjasama mereka menawarkan kandungan berbayar melalui perkhidmatan mereka kelak. Dan segalanya dikatakan masih di peringkat awal lagi buat masa ini. Perkara ini juga akan membawakan perubahan besar dari segi tawaran oleh Intel yang hanya dikenali sebagai pembangun cip sahaja sehingga ke hari ini. Untuk makluman, dari segi dunia pengguna, Intel juga menyediakan kedai aplikasi mereka untuk para pengguna Windows, dinamakan sebagai AppUp, selain menyokong pembangunan Tizen.

Di Malaysia, terdapat beberapa perkhidmatan berasaskan IPTV, dan yang paling popular adalah perkhidmatan HyppTV daripada Telekom Malaysia dan juga Astro IPTV Byond daripada pihak Astro dan TIMEdotCOM.


TIPS & ULASAN