Salah satu platform mudah-alih yang dijangka akan diperlihatkan pada MWC 2012 penghujung bulan lepas adalah Tizen. Namun, ia berlalu pergi tanpa sebarang pengumuman rasmi dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dikatakan peranti tersebut hanya diperlihatkan pada segelintir kecil hadirin, dan kini sebuah video ringkas memperlihatkan sokongan galleri dipertontonkan.
Beberapa minggu sebelum ini juga, paparan antaramuka awal Tizen telah mula kelihatan, menerima reaksi berbeza-beza daripada para pengguna. Dan melalui antaramuka Galleri yang diperlihatkan, ia kelihatan amat menarik sekali, dan membawakan bentuk persembahan yang kemas dan berbeza dengan yang lain.
Ia masih lagi tidak diketahui bilakah peranti pertama Tizen akan diperkenalkan, memandangkan ianya merupakan salah satu platform yang dinantikan selain daripada Boot-To-Gecko daripada Mozilla.
Tips awal daripada Syazwan.