Carian
Maxis Bakal Menawarkan Galaxy Beam Dalam Beberapa Bulan Lagi
March 13, 2012 Aman

Samsung Galaxy Beam dengan sokongan projektor terbina telah menarik perhatian ramai pada acara Mobile World Congress 2012 yang diadakan pada penghujung Februari lepas. Dan hari ini, melalui acara khas Maxis, mereka mengumumkan akan menawarkan peranti tersebut dalam masa beberapa bulan lagi.

Berkaitan dengan tarikh rasmi, pihak Maxis tidak mengumumkannya, dan hanya mengatakan akan menawarkan dalam masa terdekat ini. Melalui Samsung Galaxy Beam, ia menawarkan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin seluas 4-inci WVGA, storan terbina sebesar 8GB, dan juga dijana menggunakan Android 2.3. Melalui sokongan projektor terbina padanya, ia menawarkan sokongan paparan sehingga 50-inci melaluinya.

Adakah kelak Galaxy Beam akan mengubah kita membuat persembahan dan pembentangan kepada umum kelak?

Komen