Google Sedang Membangunkan Chrome Versi Metro Untuk Windows 8

Google Sedang Membangunkan Chrome Versi Metro Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Mac 13, 2012 oleh .

Semua sedia maklum akan yang mana Mozilla sedang membangunkan pelayar web versi Metro mereka untuk Windows 8. Dan hari ini, Google pula mengesahkan yang mana mereka turut sama sedang membangunkan pelayar web Chrome yang akan dapat dijalankan dalam persekitaran Metro pada Windows 8.

Beberapa elemen juga akan diberikan perhatian, termasuk sokongan mesra sentuhan pada Chrome versi Metro kelak, lebih kurang sama seperti Internet Explorer 10.

Sebelum ini sendiri, Google telah memperkenalkan pelayar web Chrome untuk Android, yang mesra sentuhan, dan mungkin ianya bukanlah sesuatu yang baru untuk Google dalam membangunkannya untuk platform lain.

Buat masa ini, Google masih tidak memberikan sebarang tarikh pasti, bilakah mereka akan melancarkan Google Chrome versi Metro. Namun, mungkin kita akan dapat melihat beberapa perkembangan berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN