Cari @ Amanz

Setelah pelbagai teka-teki berkaitan tarikh pelancaran kemaskini Ice Cream Sandwich untuk Galaxy S2, hari ini, secara rasminya, melalui halaman Facebook mereka, Samsung mengumumkan pengenalan kemaskini tersebut, bermula daripada untuk negara-negara Eropah, dan juga Korea.

Menurut Samsung, kemaskini tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna-pengguna dinegara yang lain, membolehkan mereka menikmati sistem operasi terbaru daripada Samsung itu.

Selain daripada Galaxy S2, Samsung juga mengatakan, kemaskini untuk Galaxy Tab 8.9 dan juga Galaxy Tab 10.1 akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Untuk peranti lain, seperti Galaxy S, Galaxy Tab 7″, Galaxy S Plus, dan juga Galaxy W, peranti tersebut akan menerima kemaskini untuk Android 2.3 Gingerbread, membawakan beberapa fungsi tambahan, termasuk Face Unlock, Snapshot, Photo Editor dan beberapa lagi fungsi baru lain.

Tips awal daripada Arif Ishak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd