Aplikasi NST Untuk Windows Phone Kini Dalam Pembangunan

Aplikasi NST Untuk Windows Phone Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Mac 14, 2012 oleh .

New Straits Times merupakan salah satu akhbar dan media utama yang telah pun mula memfokuskan kepada dunia digital. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk tablet iPad dan juga Android, dan pada masa yang sama, mengambil perhatian ramai pengguna tempatan yang menggunakan peranti Nokia, mereka turut memfokuskan untuknya.

Walaupun Android dan juga iOS semakin berkembang dari hari ke hari, di Malaysia, Nokia masih memegang takhta untuknya. Dan dari segi penggunaan, angka tidak rasmi mengatakan hampir 60% pengguna mengakses internet melalui telefon mudah-alih mereka.

Dan nampaknya, peluang ini tidak dilepaskan oleh NST, dengan memfokuskan kepada peranti-peranti Nokia yang terdapat dipasaran. Buat masa ini, NST telah pun melancarkan aplikasi mereka untuk platform S40, MeeGo dan juga Symbian, dimana para pengguna peranti Nokia platform tersebut boleh memuat-turunnya terus daripada Nokia Store hari ini.

Dan bagi Windows Phone, ia kelihatan NST sedang dalam proses membangunkannya, dan akan memperkenalkan untuknya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN