Nokia Maps Membawakan Sokongan Navigasi Suara Untuk Versi Web

Nokia Maps Membawakan Sokongan Navigasi Suara Untuk Versi Web

Diterbitkan pada Mac 14, 2012 oleh .

Dalam dunia aplikasi navigasi untuk peranti mudah-alih, Nokia masih lagi mengungguli takhta melalui Nokia Maps mereka, yang menawarkan kedudukan lokasi yang lebih tepat berbanding yang lain. Sebelum ini, mereka telah menawarkan perkhidmatan Nokia Maps untuk Android dan iOS, selain peranti keluaran mereka, dan hari ini, Nokia membawakan beberapa fungsi tambahan untuknya.

Melalui kemaskini aplikasi Nokia Maps versi web yang dioptimasikan untuk Android dan juga iOS, hari ini, mereka memperkenalkan sokongan navigasi bersuara, membolehkan para penggunanya, menuju ke sesuatu lokasi itu dengan mudah.

Untuk menggunakan sokongan navigasi bersuara, anda hanya perlu memuat-turun data bersaiz lebih kurang 2MB, dan seterusnya boleh mengikuti arahan dengan mudah tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah ia hanya menyokong untuk pejalan kaki sahaja buat masa ini, dan mungkin sokongan untuk pemanduan akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Bagi pengguna Android dan iOS yang ingin mencubanya, mungkin boleh melayari laman rasmi Nokia Maps Mobile, dan menggunakan fungsi ini secara percuma hari ini.


TIPS & ULASAN